KUALA LUMPUR 15 Julai – Kementerian Pendidikan mengumumkan beberapa buah sekolah di Sarawak mulai bergelap disebabkan putus bekalan diesel.
Menterinya, Maszlee Malik berkata, perkara itu telah dibangkitkan pihaknya dalam mesyuarat pasca Kabinet, Rabu lalu.
Bagaimanapun, katanya, kebajikan guru dan murid adalah keutamaan pihak pengurusan tertinggi kementerian.
Saya dimaklumkan beberapa sekolah di Sarawak mulai bergelap kerana ketiadaan bekalan diesel.
Perkara ini telah saya bangkitkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas. Saya ingin maklumkan bahawa kebajikan guru dan murid adalah keutamaan pihak pengurusan tertinggi KPM.
— Maszlee Malik (@maszlee) July 15, 2018
Kami memandang serius perkara ini dan sedang berusaha menyiasat dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Sehingga itu saya mohon semua bersabar dan berdoa untuk keselamatan guru dan murid kita yang terlibat.
Saya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
— Maszlee Malik (@maszlee) July 15, 2018
“Kami memandang serius perkara ini dan sedang berusaha menyiasat dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
“Sehubungan itu saya mohon semua bersabar dan berdoa untuk keselamatan guru dan murid kita yang terlibat. Saya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini. – UTUSAN ONLINE










