BBC diarah bayar RM1.1 juta kepada Cliff Richard - Utusan Malaysia

BBC diarah bayar RM1.1 juta kepada Cliff Richard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Julai – Ikon rock Britain, Cliff Richard berjaya memenangi kes saman terhadap saluran berita BBC berhubung liputan serbuan polis di rumahnya pada tahun 2014.

Richard, 77 menyaman BBC kerana menyiarkan liputan serbuan tersebut ketika dia sedang bercuti dan Mahkamah Tinggi London memerintahkan saluran tersebut membayar ganti rugi berjumlah 210,000 pound (RM1.1 juta) kepada penyanyi itu.

Richard mendakwa liputan tersebut telah menjejaskan reputasinya namun sebaliknya editor BBC menyifatkan pihaknya melakukan perkara tersebut dengan niat baik. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN