IPOH – Seorang bayi perempuan ditemui di dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital di sini tengah malam tadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang lelaki selepas mendapati beg kertas tergantung di cermin sisi sebuah kereta pada pukul 12.15 tengah malam.
Difahamkan, bayi tersebut ditinggalkan sebelum pukul 8.30 malam tadi dan ketika ditemui, bayi itu berada dalam keadaan kesejukan serta kelaparan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bayi terbabit seterusnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut. – K! ONLINE











