Bayi maut leher terjerut tali bidai - Utusan Malaysia

Bayi maut leher terjerut tali bidai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN –  Seorang bayi berusia setahun lapan bulan maut selepas lehernya terjerut tali bidai tingkap rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukuk 6.50 petang itu, Muhammad Azhari Zul Azri disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan di Klinik Kesihatan AMBS dekar sini tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Azhari dikatakan sedang bermain bersendirian di atas sofa di ruang tamu rumahnya.

“Mangsa yang bermain-main dengan bidai tingkap sebelum dikatakan terjatuh dari sofa tersebut sehingga tali bidai tingkap tersebut menjerut lehernya.

“Insiden tersebut hanya disedari ibunya (Nor Yasmin Mat Yassin , 36) setelah dia selesai menunaikan solat Asar di dalam bilik tidur tidak lama kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN