Bayi lelaki dilaporkan hilang ditemui mati dalam peti sejuk - Utusan Malaysia

Bayi lelaki dilaporkan hilang ditemui mati dalam peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang dilaporkan hilang selepas dikatakan dilarikan individu tidak dikenali ditemui mati di dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, lewat malam tadi.

Mangsa, Adam Rayqal Mohd. Sufi ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah itu kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut dengan kain lampin.

“Penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai.”

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal pada anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata, pihaknya telah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN