Bayi jepun berambut lebat jadi perhatian media sosial - Utusan Malaysia

Bayi jepun berambut lebat jadi perhatian media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dari Jepun mendapat perhatian pengguna media sosial seluruh dunia kerana bukan sahaja wajahnya yang comel tetapi rambut yang lebat dan cantik.

Menggunakan nama @babychanco di Instagram, rata-rata pengikutnya kagum dengan rambut lebat yang jarang-jarang dapat dilihat oleh bayi seusia dia.

Sejak Mei tahun ini seramai 147,000 pengguna Instagram telah mengikuti laman tersebut.

Dalam catatan terbarunya, tiga jam yang lalu Chanco yang sedang minum susu mendapat 64,487 tontonan dan 530 komen.

Rata-rata pengikutnya, memuji bayi comel yang bermata besar dan berambut lebat itu.

Antara pengikutnya, @suttgreen berkata, dia adalah si manis! sangat cantik. Cinta baby Chanco. Suka rambutnya yang lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN