Bayi dicampak ibu meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bayi dicampak ibu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang bayi lelaki yang terpaksa bertarung nyawa selama lebih dua ­minggu selepas dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang di Jalan Reko, di sini pada 24 Jun lalu disahkan telah mening­gal dunia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan oleh doktor di Hospital Kajang bahawa bayi itu mening­gal dunia pada pukul 4.53 pagi.

“Kematiannya disebabkan oleh kecederaan pada tubuh dan bayi tersebut tidak pernah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dia juga diletakkan di dalam inkubator serta diberi alat ban­tuan pernafasan sepanjang tempoh rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×