Bila menyebut nama jenama Bawal Exclusive, pasti tidak lari daripada gaya anggun dan mewahnya yang indah dihiasi batu Swarovski selain terkenal dengan harganya mencecah ribuan ringgit. Terbaru, Bawal Exclusive menghasilkan sehelai tudung bawal termahal pernah mereka hasilkan dengan harga yang mencecah RM33,000, sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka bernilai RM21,600 pada tahun 2017. Tudung bawal yang cukup eksklusif ini menjadi milik seorang usahawan dari negeri Cik Siti Wan…










