Bas Harapan Johor:Netizen tidak puas hati - Utusan Malaysia

Bas Harapan Johor:Netizen tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Julai – Penjenamaan semula Bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) nyata tidak disambut baik oleh rata-rata rakyat negeri ini kerana menyifatkannya berunsur politik.

Laman sosial Facebook Persatuan Bangsa Johor dengan posting ringkas – Terkini. Bas Harapan Johor beserta gambar terbaharu wajah bas tersebut kira-kira pada pukul 7.30 malam tadi, mengundang komen-komen negatif daripada netizen.

Biarpun Facebook itu tidak mewakili keseluruhan suara rakyat Bangsa Johor, namun komen yang diberikan netizen ada asasnya.

Satu komen menerusi akaun Cikgu Rahmat mempersoalkan sama ada bas tersebut dibiayai parti politik atau duit rakyat.

“Kalau guna nama parti politik, bermakna operasi bas ni guna 100 peratus duit parti, bukan duit PBT atau kerajaan negeri yang bersumberkan wang rakyat.

“Walaupun idea bas percuma daripada kerajaan BN terdahulu mereka tidak sekali-kali meletakkan nama bas ni ‘Bas BN Johor’ sebaliknya ‘Bas Muafakat Johor’ digunakan kerana kemudahannya untuk semua rakyat jelata tanpa prasangka kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Pengguna akaun Nie Za pula memberi komen:”Benda yang tak patut semua diubah…agak-agaklah, banyak lagi benda yang boleh diperbaiki. Gajah depan mata tak nampak semut juga yang ko nampak,”.

Akaun pengguna MaizatulShakira Haji Abu Bakar pula memberi komen:”Avengers ke? Memacam hal lah pakat-pakat Harapan ni…takde benda dah ke kat Johor ni untuk dimajukan selain buang kos cat semula bas?,”.

Komen netizen dengan akaun Alif Aiman:”Mostly Bangsa Johor tak suka, itu pun tak nampak lagi ke? Kata berkhidmat untuk rakyat…benda yang rakyat tak suka juga dibuatnya…ha tepuk!,”.

Sementara itu, pengguna dengan akaun Facebook Ismail Ibrahim menyifatkan langkah penjenamaan bas itu merupakan satu pembaziran kerana kerajaan datang dan pergi, namun kemudahan untuk rakyat sentiasa ada, jadi ia tidak perlu dipolitikkan.

“Bila BN naik balik dah kena ubah lagi, yang membiayai ialah duit cukai rakyat. Lagi pun tak ada salah slogan Muafakat Johor, ia bukan melambangkan parti politik tetapi ia adalah slogan sejak sekian lama diguna pakai di negeri ini,” katanya.

Pengguna Beatlife Mimalifnun pula memberi komen membayangkan bagaimana mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan kali pertama.

“Apa kita nak buat pertama sekali…Exco jawab, kita tukar logo bas,” katanya kalau macam itu kerajaan negeri Johor, maka rugilah Bangsa Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN