Barcelona sanggup bayar RM195j rampas Malcom - Utusan Malaysia

Barcelona sanggup bayar RM195j rampas Malcom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 25 Julai – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona sanggup membayar 41 juta euro (RM195j) semata-mata untuk memintas AS Roma di saat akhir bagi mendapatkan pemain sayap Brazil, Malcom daripada kelab Perancis, Bordeaux.

Walaupun cara itu dilihat tindakan ‘potong jalan’ yang agak jahat namun kuasa duit menguasai segala-galanya sehingga berjaya memikat hati Bordeaux yang sanggup membatalkan perjanjian dengan Roma.

Sebelum ini, Bordeaux sudah bersetuju untuk menjual Malcom, 21, kepada Roma dengan harga 30 juta pound (RM160j) namun dengan Barcelona bersedia membayar harga lebih tinggi iaitu tambahan RM35 juta lagi menyebabkan Bordeaux terus ‘gelap mata’.

Selain harga yang lebih mahal sanggup dibayar Barcelona, kelab itu juga melakukan pelaburan jangka panjang dengan mengikat Malcom untuk tempoh lima tahun sehingga musim 2022/23. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN