Barcelona rampas Malcom daripada Roma - Utusan Malaysia

Barcelona rampas Malcom daripada Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Julai – Perpindahan yang menjadi rebutan ramai Malcolm dari Bordeaux ke Roma te­lah dipintas oleh Barcelona pada saat akhir, menurut laporan di Itali.

Bordeaux mengesahkan bahawa mereka telah pun mencapai persetujuan dengan Roma untuk membeli pemain sayap Brazil itu menerusi yuran perpindahan 30 juta pound (RM159 juta) semalam.

Kelab Liga 1 itu mengumumkan berita tersebut menerusi media sosial Twitter.

“Bordeaux mengesahkan bahawa perjanjian telah pun dicapai, seperti tertakluk kepada dokuman yang bakal ditandata­ngani Malcom yang akan berpindah ke Roma,” kata kelab itu.

Penerbangan Malcom ke ibu negara Itali te­lahpun ditempah, tetapi laporan di negara itu mendakwa Barcelona telah me­rampas pemain tersebut pada saat akhir, sehingga mendorong Bordeaux membatalkan urusan penerbangannya serta-merta.

Difahamkan kelab gergasi Sepanyol itu te­lah mengemukakan tawaran lebih lumayan kepada Bordeaux, yang mana kelab tersebut bersetuju untuk menerimanya.

Ejen pemain ber­kenaan Fernando Garcia enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut sewaktu di­tanya oleh AS Roma Press sebaik sahaja kembali ke Perancis selepas penerbangan ke Rom dibatalkan.

Gambar telahpun tersebar di media sosial yang menunjukkan peminat Roma sedang menanti ketibaan Malcom di lapangan terbang, sebelum pe­nerbangannya dibatalkan.

Everton antara kelab Liga Perdana Inggeris yang meng­i­kuti perkembangan pemain Brazil itu dan berharap dapat membelinya dengan harga 30 juta pound.

The Toffees turut bersedia menawarkan perjanjian selama lima tahun kepada Malcom de­ngan gaji sebanyak 80,000 pound (RM426,212) seminggu di Goodison Park, tetapi harapan mereka musnah selepas pemain tersebut menolak tawaran berkenaan semalam.

Keputusan Barcelona untuk mendapatkan khidmat Malcom berlaku selepas Chelsea menolak bidaan ketiga mereka bagi mendapatkan Willian dengan harga 55 juta pound (RM293 juta), me­nurut Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN