Usai terjaga daripada lena pada setiap pagi, Nor Jazmina Qistina Manizam, 5, akan menjenguk anak-anak patung Barbie miliknya yang disusun rapi bersama barang permainan lain di satu sudut rumah keluarganya di Klang, Selangor. Acap kali anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu akan mengambil satu daripada anak patung Barbie yang berambut panjang keperangan untuk dijadikan ‘rakan’ menemani aktiviti harian di rumah seperti ketika bersarapan atau menonton rancangan kartun kegemarannya. “Namanya Alecia.…










