Bapa tiri ditahan bantu siasatan kes cabul - Utusan Malaysia

Bapa tiri ditahan bantu siasatan kes cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI ISKANDAR – Seorang bapa tiri ditahan polis bagi membantu siasatan mengenai kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa dirinya dicabul di sebuah hotel di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Universiti, Seri Iskandar susulan laporan polis yang dibuat remaja terbabit pada pukul 12.39 tengah hari semalam.

“Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, remaja terbabit yang bersama bapa tirinya di dalam bilik hotel itu mendakwa suspek telah memegang payudara dan kemaluan serta mencium lehernya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang tinggal selama satu hari di hotel tersebut juga memberitahu bapa tirinya telah memaksa dia memegang kemaluan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebentar tadi. 

Mohamad Zainal berkata, suspek yang cuba merogol mangsa bagaimanapun tidak berjaya setelah remaja terbabit bertindak melawan perlakuan bapa tirinya.

Ujarnya, suspek yang berjaya ditangkap telah ditahan reman lima hari sehingga Rabu ini untuk siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan terhadap suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×