KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang pekerja swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menampar pipi anak lelakinya, dua bulan lalu. Mark Sia Eng Joo, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd. Rahim. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anak lelakinya yang berusia 10 tahun dengan cara menampar pipinya di rumah mereka…










