Bapa maut, anak parah motosikal bertembung pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Bapa maut, anak parah motosikal bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 21 Julai – Seorang lelaki maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang dinaiki terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Tanjung Batu, di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah malam itu, suspek, Tamrin Arip,53 bersama anaknya, Rina Tamrin,15, menaiki motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat di persimpangan tersebut sebelum merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pemandu motosikal terbabit dalam perjalanan dari Jalan Padang menghala ke Jalan Tanjung Batu manakala pemandu pacuan empat roda itu pula dari jalan Tanjung Batu menghala ke Jalan Pelabuhan.

“Siasatan awal mendapati, sebaik sahaja pemandu Nissan Navara tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan, dia meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau sebelum dilanggar motosikal itu.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikar mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tawau,oleh pemandu Nissan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil menambah, suspek yang merupakan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN