Bapa gigit kepala bayi kerana kerap menangis ditahan polis - Utusan Malaysia

Bapa gigit kepala bayi kerana kerap menangis ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis malam tadi selepas didakwa menggigit kepala bayi perempuannya berusia 20 hari di sebuah rumah di Bumbung Lima, Kepala Batas di sini pada Rabu lalu.

Suspek yang merupakan bapa mangsa ditahan kira-kira pukul 7.50 malam dalam Ops Cantas di perkarangan Hospital Kepala Batas di sini.

Noorzainy berkata, penangkapan itu dibuat susulan laporan oleh isterinya yang mendakwa suspek telah menggigit kepala anak mereka itu sehingga meninggalkan kesan gigitan selain didakwa sering melambung dan menggantung bayi tersebut di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Noorzainy berkata, selepas beberapa hari kejadian itu, kesan lebam akibat gigitan tersebut telah hilang apabila dia turut dirawat dan diperiksa di hospital. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN