Insiden menghina agama satu-satu kaum di negara ini sangat jarang kedengaran 10 atau 20 tahun dahulu. Kalaupun ada, isu ini akan diselesaikan dengan pantas menerusi tindakan undang-undang yang diperuntukkan dalam akta-akta tertentu. Bagaimanapun sejak ledakan teknologi maklumat melanda dunia, keadaan berubah sekelip mata. Pengenalan internet dan pelbagai aplikasi media sosial seolah-olah memberi satu lesen besar kepada sesiapa sahaja untuk meluahkan pandangan dan buah fikiran sehingga sampai ke tahap keterlaluan. Antaranya,…










