KUALA LUMPUR 24 Julai – Seorang banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara 28 tahun enam bulan atas pelbagai kesalahan, sepatutnya menggunakan wang berjumlah RM6,686 milik seorang suri rumah untuk membeli tiket penerbangan mangsa ke Dubai, sebaliknya wang itu digunakan untuk dirinya sendiri, dua tahun lalu. Ekoran perbuatannya itu, Nurshiella Prescilla Abdullah, 30, dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan…










