Badi selama 16 tahun terlerai - Utusan Malaysia

Badi selama 16 tahun terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD remaja negara berjaya mencipta sejarah baharu bola sepak Malaysia apabila mengungguli kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 19 tahun (B-19) selepas menundukkan Myanmar menerusi kemenangan dramatik 4-3 di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya malam tadi.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak itu dinobatkan sebagai juara selepas enam kali mara ke pentas final kejohanan tersebut sejak 2002.

Bagaimanapun pada aksi berkenaan, skuad kebangsaan sepatutnya meraih kemena­ngan mudah apabila mendahului Myanmar 2-0 masing-masing menerusi jaringan Awang Muhamamd Faiz dan Nik Akif Syahiran Nik Mat seawal minit ketiga dan minit ke-19.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelekaan jentera pertahanan negara untuk memberi fokus 100 peratus di atas padang membawa padah apabila Myanmar mencipta kejutan dengan meledakkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit menerusi penyerang, Win Naing Tun pada minit ke-23 dan ke-26 serta satu gol dari pemain tengah, Myat Kaung Khant (m-31).

Pada babak kedua perlawanan, pasukan kebangsaan mula menemui rentak permainan apabila menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain pertahanan, Shivan Pillay Asokan pada minit ke-75.

Nasib terus menyebelahi pasukan remaja negara apabila Nik Akif berjaya merembat gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada waktu kecederaan sekali gus menamatkan penantian Malaysia untuk menjulang trofi berkenaan sejak 16 tahun lalu.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×