Azmin masih berteka-teki tanding Presiden - Utusan Malaysia

Azmin masih berteka-teki tanding Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih berteka-teki mengenai keputusan untuk bertanding dan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut jawatan Presiden dalam pemilihan parti tersebut.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, buat mana ini keutamaan beliau adalah menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana banyak isu dibangkitkan oleh pihak media.

“Kerajaan Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu jadi saya dan pimpinan lain bertanggungjawab menjadikan sidang Parlimen ini sebagai dewan untuk membahaskan isu-isu berkaitan rakyat.

“Saya belum buat sebarang keputusan lagi sebab saya terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pemilihan PKR dijangka berlangsung pada hujung bulan depan dan nama calon perlu diserahkan antara Jumaat hingga Ahad ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN