KUALA LUMPUR 26 Julai – Azizulhasni Awang meraih tonik terbaik menjelang Sukan Asia di Indonesia bulan depan apabila meraih pingat emas berganda dalam acara keirin dan pecut pada kejohanan berbasikal Piala Trek China 1 di Taiyuan. Ini adalah kemenangan pertama yang dilakar Azizulhasni dalam perlumbaan di luar Malaysia sejak merangkul kejuaraan keirin pada Kejohanan Dunia di Hong Kong, tahun lepas. Dalam saingan keirin hari ini, pelumba berusia 30 tahun yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu mengetepikan dua peserta tuan rumah, Xu Chao dan Wang Yibo dengan mencatat kepantasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya