Azizulhasni mula tunjuk taring menjelang Sukan Asia 2018 - Utusan Malaysia

Azizulhasni mula tunjuk taring menjelang Sukan Asia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Jaguh pecut berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan aksi bertenaga menjelang Sukan Asia 2018 pada Ogos ini apabila pelumba negara itu berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut kejohanan Piala Trek China di Taiyuan, China, hari ini.

JAGUH basikal trek negara, Azizulhasni Awang selepas beraksi dalam acara akhir Keirin Lelaki dalam Sukan Komanwel 2018 di Anna Meares Velodrome, Brisbane, Australia, April lalu. – UTUSAN/Abdul Razak Latif

Itu juga adalah pingat emas pertama dimenangi oleh Azizulhasni di pentas luar negara sejak memenangi acara keirin dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek di Hong Kong, tahun lepas.

Dalam saingan di Velodrome Taiyuan itu, Azizulhasni berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, Xu Chao yang meraih pingat perak manakala gangsa milik seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN