KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meletak jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuat kuasa 14 Ogos depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang membuat pengumuman itu berkata, peletakan jawatan beliau ekoran pembentangan laporan siasatan keselamatan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi pesawat Malaysia Airlines (MH370) semalam. “Saya juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan menubuhkan satu jawatankuasa dalaman bagi menentukan tindakan yang akan…










