Awi Rafael, Atikah Suhaime nikah 17 Mac 2019 - Utusan Malaysia

Awi Rafael, Atikah Suhaime nikah 17 Mac 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Penyanyi Awi Rafael memilih 17 Mac tahun hadapan untuk diijab kabulkan dengan tunangnya yang juga pelakon, Atikah Suhaime.

Awi memilih tarikh tersebut yang juga merupakan tarikh pertunangan mereka pada 17 Mac lalu kerana mahu mengabadikan hari kelahiran Atikah yang jatuh pada tarikh yang sama.

“Alhamdulillah saya banyak dibantu oleh keluarga dalam menyiapkan persiapan.

“Buat masa ini majlis hanya akan diadakan di Singapura. Namun kami juga dalam perancangan untuk adakan majlis di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan.

“Apa-apa pun saya mahu majlis di Singapura diselesaikan terlebih dahulu kemudian baharu lah fikirkan resepsi kedua, “ kata Awi ketika ditemui pada majlis hari jadinya di Suka Sucre Bistro, Jalan Cheras, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×