Australia tahan rakyat Malaysia miliki bahan lucah dalam telefon - Utusan Malaysia

Australia tahan rakyat Malaysia miliki bahan lucah dalam telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH 13 Julai – Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan ketika cuba memasuki negara ini selepas beberapa video mengan­dungi bahan lucah dan keganasan ditemukan dalam telefon pintar miliknya ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dekat sini.

Lelaki berusia 43 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan baru sahaja tiba di Perth dari Kuala Lumpur semalam.

Dia ditahan di bahagian tahanan imigresen dan dihantar pulang ke Malaysia hari ini selepas visa pelancong miliknya dibatalkan dan telefonnya dirampas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Wilayah Anggota Sempadan Australia untuk Australia Barat, Mark Wilson berkata, video yang ditemukan dalam telefon lelaki terbabit berbentuk kejam dan melanggar undang-undang Australia.

Bagaimanapun, Wilson enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai video berkenaan.

“Video yang berbentuk seksual dan keganasan tidak diterima dalam komuniti kami. Sesiapa yang didapati terlibat, dilarang untuk berada di negara ini,” tegasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×