PORT DICKSON – Mayat seorang lagi peserta sukan lasak Port Dickson International Triathlon 2018 ditemui di perairan pantai Port Dickson pagi ini.
Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, mayat mangsa, Yuan Chi Yuen, 42, yang merupakan warga Hong Kong ditemui oleh nelayan di sekitar Pulau Karang dekat sini.
“Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima panggilan nelayan memaklumkan menemui mayat mangsa kira-kira satu batu nautika dari tempat dia disyaki hilang semalam.
“Pasukan SAR digerakkan ke lokasi dan membawa mayat mangsa ke darat. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kejadian pagi semalam, seorang peserta Port Dickson International Triathlon 2018 ditemui lemas, manakala seorang lagi peserta dari Hong Kong dilaporkan hilang.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kejadian itu berpunca daripada jarak renangan yang terlalu jauh serta ombak dan angin kuat. – K! ONLINE










