APMM Terengganu tahan satu lagi bot nelayan Vietnam - Utusan Malaysia

APMM Terengganu tahan satu lagi bot nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan satu lagi bot nelayan Vietnam yang dipercayai menceroboh perairan Terengganu pada kedudukan kira-kira 85 kilometer dari muara Kuala Terengganu dekat sini semalam.

Ia merupakan bot kelima milik nelayan Vietnam yang berjaya ditahan pasukan penguat kuasa maritim itu di perairan sama dalam tempoh empat hari sejak Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, bot nelayan yang mempunyai 16 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam itu berjaya ditahan pada pukul 10.45 malam walaupun bertindak agresif melanggar kapal APMM, KM Nusa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelanggaran itu menyebabkan KM Nusa yang bertindak mengepung bot nelayan asing itu mengalami sedikit kerosakan namun ia tidak menjadi penghalang untuk 16 kru kapal termasuk pengawai pengawai penguat kuasa APMM untuk menahan bot nelayan terbabit.

“Bot nelayan asing tersebut berjaya dipintas setelah dikejar KM Nusa dalam tempoh kira-kira sejam,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, sebanyak 7.5 tan hasil laut merangkumi lima tan ikan baja, 2.5 tan ikan pelbagai jenis dan 50 kilogram sotong kering; 3,000 liter minyak diesel serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan nilai keseluruhan RM1.5 juta berjaya dirampas. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×