KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan Terengganu semalam. Penahahan dua bot nelayan Vietnam tersebut yang dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan negara dengan menggunakan pukat gading tersebut berjaya merampas hasil laut, minyak diesel dan peralatan dianggarkan bernilai RM3 juta. Ketua Pengarah APMM, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, aktiviti dua bot nelayan asing itu berjaya dikesan kapal peronda,…










