APMM tahan dua kapal kargo asing disyaki pindah minyak diesel secara haram - Utusan Malaysia

APMM tahan dua kapal kargo asing disyaki pindah minyak diesel secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua kapal kargo asing yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel secara haram di tengah laut semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, kapal kargo berkenaan iaitu Edy Aman yang didaftarkan di Indonesia dan YTC TUG IX didaftar di Singapura ditahan ketika disyaki melakukan perbuatan itu pada kedudukan kira-kira empat batu nautika dari Kuala Kemaman dekat sini.

Pengarah Maritim Kemaman, Muhamad Rezal Kamalbashah berkata, sewaktu ditahan, kapal kargo Edy Aman dan YTC TUG IX disyaki sedang melakukan pemindahan minyak diesel berdasarkan penemuan aktiviti pengepaman pada paip saluran tangki minyak kedua-dua kapal itu.

“Pemeriksaan mendapati dua kapal kargo asing tidak mempunyai mempunyai permit sah untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel di tengah laut.

“Sehubungan itu APMM bertindak merampas 10,000 liter minyak diesel milik kapal kargo  YTC TUG IX dan  Edy Aman (1,500 liter) yang kesemuanya bernilai kira-kira RM23,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN