APMM lakukan pelayaran ihsan bantu bayi diserang penyakit asma - Utusan Malaysia

APMM lakukan pelayaran ihsan bantu bayi diserang penyakit asma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melakukan pelayaran ihsan bagi membawa seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang diserang asma dari Pulau Perhentian, Besut ke Klinik Kesihatan Kuala Besut hari ini.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, APMM menerima panggilan dari klinik kesihatan tersebut pada pukul 11.45 malam semalam yang memohon bantuan untuk membawa bayi itu berikutan cuaca di laut yang tidak menentu.

“Kapal KM Nusa telah ditugaskan untuk melakukan pelayaran ihsan dengan membawa bayi berkenaan iaitu Mohd. Firmanshah Indera Mohd. Farid bagi menerima rawatan. 

“Bayi itu bersama kedua ibu bapanya selamat tiba di jeti Maritim Tok Bali, Kelantan sebelum dibawa menaiki ambulans ke Klinik Kesihatan Kuala Besut pada pukul 4.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, APMM sentiasa dalam keadaan bersedia memberikan perkhidmatan mahupun bantuan kepada masyarakat dan agensi-agensi kerajaan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN