KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melakukan pelayaran ihsan bagi membawa seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang diserang asma dari Pulau Perhentian, Besut ke Klinik Kesihatan Kuala Besut hari ini. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, APMM menerima panggilan dari klinik kesihatan tersebut pada pukul 11.45 malam semalam yang memohon bantuan untuk membawa bayi itu berikutan cuaca di laut yang tidak menentu.…









