Aplikasi bantuan untuk pengguna lebuh raya - Utusan Malaysia

Aplikasi bantuan untuk pengguna lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) melancarkan aplikasi telefon pintar bagi membolehkan pengguna lebuh raya menghantar isyarat kecemasan dalam situasi kecemasan dan memerlukan.

APLIKASI mudah alih Prolintas boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store atau Google Play. – UTUSAN ONLINE

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pengaktifan isyarat kecemasan berserta penentu lokasi itu membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan daripada pasukan peronda Prolintas.

Mohammad Azlan berkata, pengguna aplikasi itu hanya perlu menghidupkan sistem penentu kedudukan global (GPS), memilih jenis kecemasan dan menghantar isyarat daripada telefon pintar untuk mendapatkan bantuan atau tindakan.

“Peronda akan sentiasa memantau dan bertindak kepada isyarat kecemasan (SOS) yang diterima menerusi aplikasi mudah alih berkenaan.

“Ia juga berfungsi menerima maklumat trafik dan perkhidmatan lain di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam dan Lebuhraya Kajang Silk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Prolintas menyediakan baucar bernilai RM10 kepada 1,000 pelanggan pertama yang memuat turun aplikasi tersebut.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi itu menerusi App Store dan Google Play secara percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN