ISLAMABAD 28 Julai – Beberapa parti utama Pakistan menolak keputusan pilihan raya yang menyaksikan kemenangan bekas bintang kriket antarabangsa, Imran Khan, selain mengancam untuk mengadakan protes besar-besaran supaya pilihan raya semula diadakan. Penegasan itu diumumkan oleh All Parties Conference (APC) termasuk Parti Liga Muslim Pakistan-N (PML-N), yang dilihat menjadi cabaran utama kepada Imran untuk membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya tanpa memperolehi undian majoriti. Parti pimpinannya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) kini…










