1,500 peserta World #QuranHour di Melaka - Utusan Malaysia

1,500 peserta World #QuranHour di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 7 Jun – Sebanyak 1,500 peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar dan orang ramai menyertai program World #QuranHour peringkat negeri di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, sebentar tadi.

Program bermula pukul 9 pagi itu dimulakan dengan solat sunat dhuha dibimbing Imam 1 masjid tersebut, Ustaz Ahmad Ismal Hafizul Azim Ismail.

Acara disusuli tadarus al-Quran pada jam 9.15 pagi, majlis khatam al-Quran pada 10.30 pagi diikuti World #QuranHour iaitu acara membaca al-Quran beramai-ramai disertai tadabbur surah.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Roslan Ibrahim; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN