Apandi Ali akan bersuara untuk UMNO - Utusan Malaysia

Apandi Ali akan bersuara untuk UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyatakan komitmen beliau untuk membantu parti terbesar orang Melayu itu terutama dari segi aspek perundangan.

MOHAMED APANDI ALI
MOHAMED APANDI ALI

Beliau yang tidak menduga akan dilantik ke jawatan itu berkata, pengalaman dan kepakarannya sebagai bekas Peguam Negara dan hakim itu mungkin diperlukan parti pada saat ini terutama dalam berhujah dengan mana-mana pihak.

“Saya terima dengan baik jawatan tersebut dan setelah tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan sama ada sebagai hakim atau Peguam Negara, maka saya boleh berkecimpung dalam bidang politik.

“Terima kasih. Alhamdulillah, barulah dapat berjuang di atas nama parti keramat yang tercinta. Maka saya akan bersuara, berhujah sebab UMNO memerlukan kepakaran saya dalam bidang perundangan dan saya bersedia memberi tunjuk ajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Apandi antara 11 nama yang diumumkan sebagai Ahli MT lantikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 

Turut dilantik antaranya, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz, Datuk Azizah Mohd. Dun, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Hajiji Noor.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN