Anwar tawar diri bertanding Presiden PKR - Utusan Malaysia

Anwar tawar diri bertanding Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menawar diri bertanding  jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti berkenaan.

“Dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR,” katanya dalam kenyataan di Facebook dan Twitter.

“Insya-Allah  sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional Keadilan pada November 2018,” kata Anwar.

Anwar menarik perhatian bahawa ketika ini terdapat  beberapa pandangan mengenai keperluan untuk beliau turun ke gelanggang mengemudi parti selaku Presiden menggantikan isterinya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN