KUALA LUMPUR 29 Julai – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan sejak 23 Jun lalu.
Menurut Anwar, beliau sangat menghargai kerjasama kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang telah merawatnya sepanjang berada di hospital tersebut.
“Alhamdulillah, semalam telah dibenarkan keluar dari PPUM selepas jalani rawatan rapi dari 23 Jun lepas. Sekalung penghargaan buat doktor dan perawat yang penuh efisien.
“Terima kasih juga buat semua atas doa yang tidak putus. Semoga dikembalikan kebaikan yang sama buat semua, Amin,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi akaun Facebook miliknya di sini semalam.
Anwar pada 23 Jun lalu dikejarkan ke PPUM berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya selepas pulang dari lawatan ke Turki. – UTUSAN ONLINE










