Annuar hargai sokongan para perwakilan UMNO - Utusan Malaysia

Annuar hargai sokongan para perwakilan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menghargai sokongan para perwakilan UMNO yang menyokongnya dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini, Annuar berkata, kepercayaan para perwakilan di seluruh negara terhadapnya akan dikenang sampai bila-bila.

Jelas bekas Ketua Penerangan UMNO itu, beliau bersyukur kerana menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana mahu bersama membantu perjuangan parti.

“Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan walau saya tidak bertemu atau berkempen dengan ketua-ketua bahagian.

“Ramai tak sempat bercakap pun untuk minta sokongan. Budi Jasa dan kepercayaan akan sentiasa saya kenang. Salam perjuangan, salam kebangkitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN