ATHENS 26 Julai – Angka korban kebakaran hutan di Greece meningkat kepada 81 orang ketika pihak berkuasa meneruskan operasi mencari serta menyelamat. Channel News Asia melaporkan, sejumlah penduduk tempatan termasuk pelancong asing terpaksa terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri apabila api mula memusnahkan banyak kediaman dan infrastruktur lain berhampiran Athens. Media tempatan menyifatkan keadaan tersebut sebagai bencana negara manakala Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras membatalkan lawatannya ke Bosnia dan…










