KUALA LUMPUR 4 Julai – Anak sulung lelaki penyanyi legenda Tina Turner, Craig Raymond Turner ditemui mati menembak diri sendiri di kediamannya di Studio CIty, California, semalam.
Jurucakap hospital memberitahu PEOPLE, Raymond Turner, 59, disahkan mati pada pukul 12.38 tengahari akibat tembakan senjata api.
Raymond Turner, seorang agen hartanah, dilahirkan oleh Turner ketika usianya 18 tahun, hasil hubungan dengan seorang pemain saksofon, Raymond Hill ketika pasangan ini sama-sama menganggotai kumpulan Kings of Rhythm.
Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Ike selepas Turner berkahwin dengannya pada 1962.
Beberapa jam sebelum kejadian bunuh diri anaknya itu, Turner menghadiri pertunjukan fesyen Giorgio Armani di Paris, Perancis.
Dalam temubual dengan Oprah Winfrey satu ketika dahulu, Turner yang popular dengan lagu Simply The Best menyifatkan Raymond Turner seorang anak yang emosional.
Sehingga kini Turner yang sudah melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat dan menetap di Jerman tidak dapat memberi komen atas kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE











