WASHINGTON 17 Julai – Seorang wanita Rusia berusia 29 tahun ditahan kerana berpakat untuk mempengaruhi politik Amerika Syarikat (AS) dengan menjalinkan ikatan bersama kumpulan politik termasuk Persatuan Raifal Kebangsaan.
Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan berkata, Mariia Butina ditahan di Washington, kelmarin dan didakwa di mahkamah di ibu negara AS, semalam.
Tambahnya, Butina didakwa berpakat dan bertindak sebagai seorang ejen Rusia dengan mewujudkan hubungan bersama orang Amerika serta menyusup masuk ke dalam organisasi yang mempengaruhi politik AS. – AFP










