ALANGKAH bisanya lidah manusia! Kalimat yang kurang enak didengar masih melekat di telinga meskipun sudah dua minit perbualan berlalu. Begitu berbisa dan pahit untuk diterima. Terasa gegendang aku berasap dan cuping telinga aku panas. Betapa berapinya ‘habuan’ yang baru diperoleh. Kini, yang bertebeng di mata aku hanyalah wajah adikku, ‘Amat Dua Puluh’. “Kak Nab, Amat main tipu. Habis semua guli kami dikebasnya. Selagi tak cukup dua puluh, Amat tak mahu…










