Allahyarham Dr. Zubir selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Allahyarham Dr. Zubir selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 27 Julai – Jenazah Allahyarham Datuk Dr. Zubir Harun yang merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Benus di sini kira-kira pukul 1 petang tadi.

Terdahulu, jenazahnya tiba di kampungnya di Bukit Piatu di sini kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Piatu.

Allahyarham yang mengalami masalah usus menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2 pagi ini di rumahnya di Selayang, Selangor.

Allahyarham yang berumur 59 tahun meninggalkan seorang balu, Datin Suriyati Omardin, 53, dan tujuh anak berusia antara 15 hingga 33 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN