Akta SST dibentangkan ke Parlimen bulan depan - Guan Eng - Utusan Malaysia

Akta SST dibentangkan ke Parlimen bulan depan – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan bermula 1 September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah akta yang dicadangkan, cukai jualan akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus sementara cukai perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 6 peratus.

“SST akan dimulakan semula pada bulan September ini dan dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.

“Hasil ini akan digunakan untuk menutup sebahagian kerugian kerajaan sebanyak RM21 bilion selepas memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula Jun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2018, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN