Akta MKN dikaji - Utusan Malaysia

Akta MKN dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah di antara undang-undang yang sedang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda ataupun dimansuhkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kajian ini dibuat memandangkan ada di antaranya yang digunakan kerajaan terdahulu untuk menyekat kebebasan rakyat. 

“Kita sedang kaji kesan kesan dari banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan kerana banyak undang undang ini menekan rakyat tidak memberi kebebasan bersuara, kebebasan surat khabar dan juga kebebasan bertindak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja penyiapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Langkawi di sini. 

Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu baru-baru ini yang mengatakan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 mungkin akan dikekalkan walaupun Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapuskannya sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurut Mohamad, akta yang memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri seperti dalam mengisytiharkan darurat memberikan kebaikan untuk pegawai kerajaan menjalankan tugas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN