PUTRAJAYA 3 Julai – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan akaun peribadinya dan UMNO Bahagian Johor Bahru telah dibekukan oleh Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau berkata, pembekuan kedua-dua akaun itu dibuat kerana didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta daripada 1MDB pada November 2013. “Ya, akaun peribadi dan UMNO Johor Bahru telah dibekukan. “Wang ini telah digunakan sebelum pilihan raya lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, Shahrir hadir bagi memberi keterangan kira-kira tujuh jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya