SETIAP kali melihat aiskrim McDonald’s, aku akan bernostalgia. Wajah seorang perempuan akan menjelma di ingatan. Rincian memori silam akan menerobos kesedaran dan mengheret aku ke dalam sebuah relung masa. Kejadian itu berlaku tiga tahun yang lepas. Ketika itu, aku bergelar seorang penganggur kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti. Disebabkan tiada pendapatan, jadi masaku lebih kerap dihabiskan di rumah. Rutin harianku menonton filem, membaca buku, bermain gitar dan menjaga anak…










