Air muka kegembiraan Ahli Parlimen kerajaan terserlah - Utusan Malaysia

Air muka kegembiraan Ahli Parlimen kerajaan terserlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Selepas lebih 60 tahun menjadi pembangkang di Dewan Rakyat, air muka kegembiraan jelas terpancar daripada wajah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Mereka tiba dengan senyuman yang tidak lepas dari wajah dari awal pintu masuk ke bangunan Parlimen sehingga ke dalam Dewan Rakyat.

Mereka turut melambai penuh mesra kepada media dan memenuhi permintaan untuk bergambar.

Dalam masa yang sama, senyuman juga tidak lekang pada wajah Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pertama kali mengangkat sumpah sebagai pembangkang hari ini. Mereka turut melayan permintaan media untuk bergambar.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dewan Rakyat kira-kira pada pukul 9.45 pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba lima minit kemudian bersama-sama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN