Ahmed Musa sertai Al Nassr Riyad dengan nilai £40 juta - Utusan Malaysia

Ahmed Musa sertai Al Nassr Riyad dengan nilai £40 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Penyerang Leicester City, Ahmed Musa semakin hampir menyertai pasukan Al Nassr Riyad dari Arab Saudi menerusi nilai perpindahan sebanyak £40 juta (RM213.72).

Sekiranya urus niaga tersebut berjalan lancar, pemain antarabangsa Nigeria itu bakal menjadi pemain dari Afrika Selatan yang mene­rima gaji tertinggi setakat ini.

Selain Al Nassr Riyad, beberapa pasukan lain seperti Galatasaray mula menagih khidmat Musa selepas pemain berkenaan beraksi cemerlang pada perlawanan Piala Dunia 2018 lebih-lebih lagi muncul sebagai pemain terbaik kejohanan sewaktu meledak dua gol ketika menentang Iceland.

Kelmarin, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut menyenarai pendek gol yang dijaringkan oleh Musa sebagai gol terbaik Piala Dunia 2018.

Pada musim lalu, pemain berusia 25 tahun itu hanya diberi peluang beraksi sebanyak empat kali selepas pemecatan pengendali, Claudio Ranieri pada Februari tahun lalu.

Pemain berkenaan dibeli daripada CSKA Moscow dengan nilai sebanyak £16.6 juta (RM88.70 juta) dan gagal beraksi cemerlang sekali gus mengakibatkan dia dipinjamkan kembali kepada CSKA.

Terdahulu, Noureddine Mbrabat dari Watford turut diikat Al Nassr Riyad dengan nilai perpindahan yang tidak dinyatakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN