Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mendiang Eddie Ng - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mendiang Eddie Ng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras, awal pagi tadi.

Beliau turut berkata, dalam isu kematian, biarpun berbeza agama dan fahaman politik, UMNO tidak akan menerima sesiapa sahaja dalam kalangan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan yang berupa seranah, biarpun si mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan serupa di sepanjang hayatnya.

Ahmad Zahid, yang turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) menambah, BN akan meletakkan calon bagi merebut kerusi Balakong setelah kekosongannya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

KENYATAAN MEDIA

1. Saya mengucapkan takziah atas kematian YB ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini.

2. Dalam isu kematian biarpun berbeza agama, apatah lagi berbeza politik, tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang disimbahkan.

3. UMNO tidak boleh menerima sesiapa saja di kalangan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan yang berupa seranah, biarpun semasa hayatnya mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan dengan menghamburkan kata-kata kesat yang berupa cacian.

4. Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calonnya setelah SPR mengumumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Balakong.

5. Calon yang akan dipilih kelak akan ditentukan setelah perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat parti-parti komponen BN.

6. Calon yang bertanding akan dipilih daripada nama-nama yang akan dikemukakan oleh parti komponen yang meletakkan calonnya pada PRU ke-14 lalu.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional
Kuala Lumpur
20 Julai 2018

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN